Pelan pertumbuhan mampan Bank_Islam_Malaysia

Rangka tindakan strategik baharu

Pada 29 Jun 2009, Lembaga Pengarah meluluskan pelan perniagaan untuk tahun kewangan antara Julai 2009 hingga Jun 2012, di samping Pelan Pertumbuhan Mampan (“SGP”) Bank yang baharu yang akan menggantikan Pelan Pemulihan yang sedia ada. SGP ini terbahagi kepada enam tunggak, iaitu Inovasi Perniagaan, Pengurusan risiko yang Mantap, Pengukuhan Prasarana yang Kondusif, Pembinaan Kebolehan dan Kapasiti, Perluasan Francais, Pertumbuhan Tak Organik dan Pengembangan Korporat. Rangka tindakan strategik baharu ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan organik yang lebih tinggi dan mengukuhkan kedudukan domestik Bank menerusi pertumbuhan pembiayaan yang lebih mantap dan bahagian lebih besar daripada pendapatan boleh guna pelanggan. Inovasi produk, pakej, penetapan harga, pemasaran yang tertumpu, penjualan silang dan strategi penjenamaan yang proaktif akan menjadi faktor utama bagi kejayaan Bank pada masa depan.[4]

Pada tahun 2010, Bank memfokuskan kepada kecemerlangan dalam setiap aspek operasi dan bersaing dengan jayanya dalam persekitaran yang semakin mencabar. Perjalanan Bank Islam diletakkan pada panduan SGP yang menggariskan enam tunggak strategik sebagai pemacu utama pertumbuhan Bank sehingga 31 Disember 2012.

Perintis produk & perkhidmatan perbankan Islam

Mengambil kedudukan dan reputasinya sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan salah satu daripada perintis di dunia, Bank Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadi peneraju yang inovatif bagi kerajaan Malaysia dalam menjadikan Negara sebagai Hab Kewangan Islam Global yang penting. Dalam usaha untuk membersihkan imej yang tercalar akibat kerugian pada tahun 2005, Bank Islam telah memperkenalkan beberapa produk yang dianggap sebagai yang pertama di dunia untuk mengekalkan kesetiaan dan persepsi pelanggan.

Berikut adalah beberapa pencapaian dan inovasi terkini:[5]

  • Bank Islam adalah satu-satunya bank Islam dan bank komersil yang tersenarai dalam Senarai Pertama Penasihat Utama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti
  • Melancarkan Al-Awfar, iaitu kombinasi akaun simpanan-i dan pelaburan-i yang pertama seumpamanya yang menawarkan hadiah wang tunai
  • Pengurus bagi Program Nota Islam Bertempoh Sederhana Badan Pelaburan Terengganu bernilai RM5 bilion yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia; terbitan mercu tanda 30-tahun, iaitu merupakan bon yang diterbitkan di Malaysia dengan tempoh matang paling lama untuk pasaran Sukuk dan bon konvensional
  • Bank pertama yang menjalan usaha sama dengan LTH dalam melancarkan Khidmat Uniteller yang membolehkan urus niaga LTH dan pendaftaran Haji dilaksanakankan di semua cawangan Bank Islam di seluruh negara
  • Melancarkan Ziyad NID-i, satu produk pelaburan berstruktur bagi mengambil kesempatan sempena pasaran ekuiti Asia yang sedang baik pulih. Ziyad NID-i ialah produk pelaburan berjangka masa 5 tahun dalam bentuk Instrumen Boleh Niaga Islam
  • Melancarkan Waheed-i, produk pertama seumpamanya di Malaysia untuk pelanggan korporat. Produk deposit terma tetap dalam matawang Ringgit Malaysia ini berasaskan kontrak Syariah Wakalah (Agensi). Produk ini mematuhi piawaian Syariah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi bank yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perbankan melalui telefon bimbit tanpa akses internet. Melalui Transact at Palm atau TAP Mobile Banking-i, pemegang akaun kini boleh menjalankan transaksi perbankan mereka tidak kira dimana dan pada bila-bila masa sahaja.
  • Melakar sejarah dunia korporat Malaysia dengan menjadi bank Islam pertama untuk memberi nasihat tentang aktiviti penyenaraian. APFT Berhad, penyedia pendidikan dan perkhidmatan latihan penerbangan terkemuka di Malaysia, telah melantik Bank Islam sebagai Penasihat Utama, Pengurus Taja Jamin dan Ejen Penempatan untuk melakukan tawaran umum awal (IPO) dalam penyenaraiannya di Pasar Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
  • Mengumumkan penyelesaian permohonan beli saham 20% oleh Bank Islam dalam kepentingan strategik Amana Bank Limited ("Amana Bank") di Sri Lanka. Amana Bank adalah bank Islam komersil pertama Sri Lanka.

Rujukan

WikiPedia: Bank_Islam_Malaysia http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.bankislam.com.my/ http://www.bankislam.com.my/bm/Pages/CorporateProf... http://www.bankislam.com.my/bm/Pages/GoldClassicCa... http://www.bankislam.com.my/bm/pages/AboutBankIsla... http://www.bankislam.com.my/bm/pages/Milestones.as... http://www.bankislam.com.my/en/Documents/Chairmans... http://www.bankislam.com.my/en/Documents/MD_Operat... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... https://www.bankislam.biz/